suria

"Tak apa muntah je"

Status bergambar tular di media sosial yang menerima pelbagai reaksi dan lebih 10,000 emoji. - Kredit foto: Efi Cassey/Abam Ambulans Official

CYBERJAYA: Gambar seorang kanak-kanak muntah di pangkuan riba seorang anggota bomba yang tular di media sosial pada Jumaat, mengundang pelbagai reaksi netizen dan menerima lebih 10,000 emoji.

Turut dimuat turun bersama gambar itu kapsyen perbualan yang menyebabkan netizen rasa tersentuh sekali gus melahirkan rasa bangga terhadap pekerjaan dan tugas anggota bomba.

Gambar tersebut dipercayai dirakam seorang individu dikenali sebagai Efi Cassey selepas kejadian kebakaran membabitkan tujuh mangsa di Cyberjaya awal pagi Jumaat.

Di bahagian kapsyen gambar bertulis ‘Dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, sebuah kisah benar dalam jentera perkhidmatan bantuan kecemasan perubatan (EMRS) jam 1 pagi tadi. Kebakaran yang membabitkan tujuh mangsa’.

Kapsyen berkenaan turut diselitkan dengan dialog antara mangsa kanak-kanak dan anggota bomba terbabit apabila kanak-kanak itu mahu muntah.

"Adik: nak muntah. Abam Bomba: Tak apa, muntah je. Sambil tu habis baju api beliau dipenuhi dengan muntah adik tu,” tulis pemilik akaun, Muhd Azul yang memuat naik status tersebut yang kemudian tular di Facebook.

Difahamkan, bapa kepada kanak-kanak itu berada dalam ambulans lain manakala ibunya sedang terbaring dalam EMRS.

Status bergambar dimuat naik yang turut memaparkan reaksi wajah anggota bomba tersenyum itu menerima lebih 1,500 perkongsian serta ratusan komen netizen.

Jaya Padiman Bayan Budiman menulis, mulia hati abam bomba ni.

“Ya ALLAH ampuni dosa-dosanya, rahmatilah dia, beri afiat dan kesejahteraan untuknya dan keluarganya,” tulisnya di bahagian komen.

Sementara itu Adda Alias pula menulis ‘sweetnya’ abang bomba ni. Nak muntah juga la. Sudi tak abang bomba tolong lapkan muntah saya.

Farah Fied pula menulis kerjaya yang kurang diberi perhatian dan dibangga-banggakan

“Tetapi itulah mereka, ikhlas dari hati memikul tanggungjawab tanpa mengira apa pun yg mereka hadapi,” tulisnya. - Sinar Harian

bomba

Artikel Lain