suria

Polis ambil keterangan tambahan Justo jika perlu - KPN

Xavier Justo.

JOHOR BAHRU: Polis hanya akan mengambil keterangan tambahan daripada warga Switzerland yang merupakan pemberi maklumat, Xavier Justo, sekiranya terdapat keperluan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, siasatan yang sedang berjalan berhubung keterangan Justo, dilakukan berdasarkan siasatan awal.

"Kita akan melihat laporan sebelumnya di mana ia berdasarkan siasatan yang telah dijalankan.

"Jika terdapat sebarang perkara baharu, barulah kita akan mempertimbangkan untuk memanggilnya dan menyoal siasat," katanya.

Beliau menambah, polis juga perlu mengatur pertemuan dengan bekas eksekutif PetroSaudi itu, sekiranya sebarang keterangan diperlukan.

"Kita perlu mengatur pertemuan mengikut masa, kesesuaian dan persetujuan dia.

"Jika dia di dalam negara, kita mungkin mempertimbangkannya sekiranya perlu," tambah Mohamad Fuzi.

Minggu lalu, Justo dalam satu temuramah, membuat beberapa kenyataan, termasuk menyifatkan kehidupan ahli perniagaan yang menjadi buruan polis, Low Taek Jho, kini mungkin dalam bahaya, dan dia semasa dipenjara di Thailand, diminta untuk membuat pengakuan bahawa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang yang baik.

Xavier Justo

Artikel Lain