suria

Buat ucapan Deepavali, tali pinggang lusuh yang netizen nampak... Syed Saddiq ‘ditilik’ lagi!

PETALING JAYA: Tidak mudah bergelar figura kerana apa sahaja yang dibuat, dipakai, dimakan atau sebagainya pasti akan menjadi tumpuan orang ramai.

Begitulah yang dihadapi Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila tali pinggang yang dipakainya dalam satu posting bergambar lebih mendapat perhatian berbanding ucapan Selamat Hari Deepavali yang dimuat naik beliau dalam posting tersebut.

Gambarnya itu menjadi perbahasan sesama netizen gara-gara tali pinggang yang dipakai menteri muda itu kelihatan sudah lusuh dan kulitnya sudah terkopek.

Ramai yang berpandangan bahawa sudah tiba masanya untuk Syed Saddiq menukar tali pinggang baharu, tetapi komen yang ditinggalkan @4kmxl agak menarik kerana Syed Saddiq dianggap sebagai lelaki setia.

"Laki ini setia... belum tengok dompetnya lagi."

Bagaimanapun, ada juga netizen yang tidak perasan mengenai tali pinggang Syed Saddiq itu sehinggalah melihat komen-komen yang ditinggalkan.@sparklehoney_lyna @dnialhilmi menulis “Ahahhaa...sampai ke situ korang notice... dahsyat la...korang mmg sejenis tilik YB abis ke? Kalau korang tak cakap aku pun tak perasan... Ni gambar lama kot... sebelum menang jadi ahli Parlimen & menteri...."

Sebelum ini seorang perunding imej pernah mengkritik Syed Saddiq mengenai penampilannya pada sesi persidangan Dewan Rakyat Julai lalu.

Artikel berkaitanSyed Saddiq... perunding imej kata lagi 30 peratus saja!

Selain itu, Syed Saddiq juga pernah menjadi bualan netizen apabila memuat naik gambar berada di dalam tab mandi menjadi tular apabila beliau tidak memakai baju ketika menjalani rawatan ais selepas bersukan. Namun, gambar tersebut telah dipadamkan di laman sosialnya. 


Syed Saddiq

Artikel Lain