PETALING JAYA: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik membidas Khairy Jamaluddin apabila secara sinis mengucapkan tahniah kerana Ahli Parlimen Rembau itu begitu sensitif terhadap isu pendidikan. Maszlee, menerusi posting di Facebook pada Isnin, mengingatkan Khairy yang juga dikenali sebagai KJ, mengkritik Menteri Pendidikan itu semasa perbahasan Belanjawan 2019 di Parlimen, yang beliau mengetahui mengenai korupsi dan salah laku kerajaan terdahulu. "Tahniah KJ kerana cakna dengan isu pendidikan setelah menjdi penganggur dalam parti," kata Maszlee yang merujuk kepada Khairy yang kalah dalam pemilihan Umno bagi jawatan presiden. Khairy, pada perbahasan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat pada Isnin dilaporkan mengkritik Maszlee, yang dikatakan dilihat terlalu banyak membuat kajian mengenai isu-isu yang kurang penting, berbanding berkaitan dengan bantuan untuk rakyat. Khairy berkata, isu-isu tidak penting tersebut termasuk warna kasut dan stoking untuk murid sekolah. Beliau mencadangkan Maszlee lebih menumpukan perkara yang lebih penting seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah-sekolah. Menerusi posting di Facebook, Maszlee berkata, Khairy seharusnya menyedari banyak masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu. "Saya juga tahu tentang korupsi dan salah laku kerajaan terdahulu dalam rancangan makanan tambahan sekolah sehingga diberikan amaran oleh Jabatan Audit Negara. "Saya juga tahu hilangnya susu daripada program bantuan susu sewaktu kerajaan dahulu," katanya. Maslee berkata, beliau turut dimaklumkan banyak projek rundingan secara langsung oleh kerajaan terdahulu membabitkan projek kementerian, seperti isu solar diesel di Sarawak dan lain-lain lagi. Jelasnya, beliau membuat lawatan ke sekolah-sekolah dan mendengar rintihan para pelajar. Maszlee mengakhiri postingnya dengan "berterima kasih" kepada Khairy di atas postingnya yang memaparkan gambar beliau. Pada Isnin, Khairy memuat naik gambar yang diambil pada 2012, menunjukkan bersalaman dengan Rafizi Ramli daripada PKR, sambil diperhatikan Maszlee. Menerusi posting di Instagram, Khairy memberitahu bagaimana Maszlee kini adalah Menteri Pendidikan. Sebagai respons kepada posting Khairy di Instagram, Maszlee di Facebook berkata: "Terima kasih atas 'nice words' dalam tweet semalam. Tak sabar tunggu nak lihat parti baharu anda."