suria

Azmin akan bincang kedudukan Rafizi

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui tiada masalah bekerja dengan pencabarnya, Rafizi Ramli usai pemilihan parti.

Malah katanya, perbincang akan dibuat behubung kedudukan Rafizi dalam parti.

"Sahabat saya, Rafizi dah lama dalam parti, saya rasa saya boleh bekerja dengan saudara Rafizi untuk kuatkan parti untuk pilihan raya akan datang.

"Kita akan bincang (peranan Rafizi dalam parti) saya rasa dia ada kekuatan, kefahaman yang bagus dan banyak menyumbang kepada parti.

"Kita memerlukan penyertaan dan sumbangan Rafizi dan ramai lagi dalam kalangan ahli parti dan pemimpin parti untuk masa depan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres AMK dan Wanita PKR 2018 di sini, Jumaat.

Tidak mahu ketidakhadiran Rafizi ke majlis perasmian itu dijadikan isu, Azmin berkata perkara itu bukan satu masalah.

"Janganlah buat macam-macam (dakwaan). Saya percaya beliau ada tugas yang perlu dilaksanakan dan saya ingat kita tak ada masalah, ramai pemimpin lain yg tak dapat hadir.

"Saya fikir semua pemimpin yang terlibat dalam pemilihan adalah untuk berkhidmat kepada parti dan mereka menerima keputusan dengan baik dan bersedia untuk bekerjasama dalam satu pasukan untuk kukuhkan parti," katanya. - Sinar Harian

Azmin Ali, Rafizi Ramli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain