PETALING JAYA: Perkhidmatan ketua jabatan ortopedik yang terlibat dengan tuduhan gangguan seksual telah ditamatkan. Ketua jabatan itu yang berkhidmat di sebuah hospital di Lembah Klang diberhentikan pada 14 November, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. "Yang di-Pertuan Agong telah bersetuju untuk menamatkan perkhidmatan ketua jabatan tersebut berkuatkuasa 14 November. "Surat penamatan perkhidmatan telah dihantar kepada ketua jabatan pada 15 November," kata Dr Dzulkefly dalam satu kenyataan pada Jumaat. Jawatankuasa tersebut dibentuk pada 24 September untuk menyempurnakan pengumpulan maklumat oleh badan bebas yang ditugaskan bagi menyiasat dakwaan gangguan seksual ke atas ketua jabatan terbabit, kata beliau. Pada Julai, The Star mengeluarkan laporan eksklusif tentang pegawai perubatan mendakwa bahawa mereka dibuli dan diganggu secara seksual oleh ketua jabatan terbabit.