suria

Anwar secara rasmi presiden PKR, Azmin sah kekal timbalan presiden

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi diumumkan sebagai presiden PKR, pada Kongres Nasional PKR, Ahad.

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR turut mengumumkan Datuk Seri Azmin Ali mempertahankan jawatannya sebagai timbalan presiden PKR, menewaskan pencabarnya, Rafizi Ramli bagi jawatan tersebut dalam pemilihan parti.

Ia diumumkan oleh Pengerusi JPP, Datuk Rashid Din.

Antara empat naib presiden, Ahli Parlimen Ampang dan bekas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menerima sorakan dan tepukan paling gemuruh sewaktu nama beliau diumumkan.

Barisan naib presiden lain adalah Nurul Izzah Anwar, Xavier Jayakumar dan Tian Chua. - The Star


Azmin Ali, Anwar Ibrahim

Artikel Sebelum

Artikel Lain