PETALING JAYA: Usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa kehadirannya pada malam final Gegar Vaganza 5 (GV5) ibarat tetamu tidak diundang. Bukan itu sahaja, Dr Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) yang juga penaja empat musim GV sebelum ini turut terkejut dengan layanan 'team' produksi program realiti itu. "Mungkin orang tanya kalau saya dah tak menaja buat apa nak pergi? Sekurang-kurangnya saya bekas penaja GV selama empat musim hadir beri sokongan kepada Datuk Aliff. "Tapi saya rasa macam tetamu tak diundang pula. Ya Allah sedihnya. Nabil dan Jihan dua kali saya lalu depan mata, (mereka) tak pandang... tak tegur pun saya. Mungkin mereka cakap tak nampak saya, tapi tak mungkin (mereka) tak nampak saya yang besar ni," katanya kepada mStar Online. ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri terkilan bayar berjuta tapi dilayan macam budak sekolah... Ini komen Astro! Menurut Vida, pada malam tersebut beliau dijemput oleh rakannya, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman untuk menjadi sebahagian daripada penari di atas pentas bagi mempromosikan lagu baharunya berjudul Biar Apa Orang Kata. Vida bersama peserta GV musim keempat. "Datuk Aliff jemput saya untuk menari dengan dia. Kebetulan malam tadi saya pula sampai lambat kerana penerbangan saya dari Brunei mengalami sedikit kelewatan. "Sampai-sampai je, saya diberitahu Datuk Aliff dah balik. Apa yang dirancang tak seperti diharapkan. Saya simpati dengan beliau kerana saya juga pernah melalui nasib yang sama sebelum ini," katanya. Insiden itu menyebabkan beliau sudah serik untuk menaja mana-mana program realiti selepas ini. "Itu antara sebab mengapa saya sudah serik untuk menaja. Kita taja berjuta-juta tapi apa yang saya dapat... hanya makian dan cacian. "Beginilah nasib sebagai penaja. Bila anda sudah tidak menaja, anda terus dilupakan," katanya. View this post on Instagram Saya lewat sampai.. Tak tahu apa terjadi.. Apa terjadi..? Dato Alif Balik Awal? @aliffsyukriterlajaklaris A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on Nov 18, 2018 at 7:53am PST Pada Ahad malam, Aliff Syukri yang juga penaja GV5 meninggalkan malam akhir program realiti itu kerana tidak berpuas hati dengan Astro. Malah beliau turut meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Astro tidak membenarkan beberapa rakannya untuk menari bersama di atas pentas GV. "Jangan layan saya macam budak sekolah, saya bayar berjuta-juta kot. Kalau saya tahu jadi macam ni, saya tak akan pergi GV dan tak payah menyanyi lagi bagus. "Saya mohon maaf kat Datuk Seri Vida, Datuk Seri Salmah, Zoey Rahman dan Kak Girl yang datang jauh-jauh tadi sepatutnya mereka join sekali menari tapi berlaku perkara tidak dirancang dan tak tahu apa motif mereka aibkan saya," tulis Aliff di Instagram miliknya.