suria

Sertai Daesh, bekas model meninggal dunia di Syria

PETALING JAYA: Bekas pemenang pencarian Cleo's Most Eligible Bachelor dilaporkan meninggal dunia sewaktu berjuang untuk militan Daesh.

Menerusi laporan surat khabar Australia, Herald Sun, Amir Milson meninggal pada 2016 ketika sedang melakukan serangan darat di Syria.

Pada September lalu, Pertubuhan Perisikan Keselamatan Australia mengesahkan kematian jejaka itu.

Amir yang berdarah kacukan Malaysia Australia sebelum ini menuntut dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Curtin, Perth.

Sewaktu berusia 27 tahun pada 2010, dia melakukan kerja sambilan sebagai model dan turut merancang untuk menjadi penyampai televisyen.

Menurut laporan itu lagi, Amir atau nama sebenarnya Amirrudin Hud Rashid Milson mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki dan mula berubah secara radikal pada 2014.

Malah, dia dikatakan menceraikan isterinya sebelum berangkat ke Syria.

Dalam pada itu, seorang rakan kepada Amir menyifatkan jejaka itu sebagai seorang yang kacak, peramah dan berani.

Amir Milson, Daish

Artikel Lain