suria

Peraturan baru cermin gelap diperkenal tidak lama lagi

Anthony Loke (kanan) diberi penerangan oleh Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton Abdul Rashid Musa (kiri) ketika mencuba kereta Proton X70 yang pertama kali dipamerkan sempena pameran KLIMS di MITEC. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Peraturan baru mengenai cermin gelap akan diperkenalkan tidak lama lagi, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

"Saya akan mengumumkan polisi baharu itu selepas membawa pindaan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) ke Parlimen akhir bulan ini," katanya selepas melancarkan Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS 18) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Khamis.

Garis panduan mengenai cermin gelap pada kenderaan diubah beberapa kali sebelum ini semasa di bawah pentadbiran kerajaan lama.

Peraturan sedia ada yang diguna pakai ketika ini adalah di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (pindaan 5 Februari 2016) iaitu cermin depan 70 peratus, cermin sisi pemandu (50 peratus) dan cermin sisi belakang dan cermin sisi belakang penumpang (30 peratus).

Loke juga berkata cadangan mengenai nombor plat elektronik turut dipertimbangkan.

Namun, beliau berkata kementerian perlu mengambil kira pelbagai industri dan perniagaan yang terlibat.

"Tetapi sepanjang penguatkuasaan itu, saya memang memberi pesanan yang jelas dan tegas kepada JPJ mengenai semua peraturan baharu," katanya.

Anthony Loke, cermin gelap

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Koo Ham miliki aset RM75 juta

Artikel Lain