suria

“Serius mengecewakan” - ulas KJ isu dakwaan Najib ubah laporan audit kehadiran Jho Low

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berpandangan ia adalah satu perkara yang mengecewakan sekiranya bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diubah.

"Sekiranya ada arahan untuk memadamkan kehadiran Jho Low pada mesyuarat lembaga 1MDB, maka ia adalah langkah serius yang mengecewakan.

"Jadi, kita perlu menunggu keputusan siasatan yang sedang dijalankan," kata bekas Menteri Belia dan Sukan itu kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen pada Isnin.

Menurut Khairy, kehadiran Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho dalam mesyuarat lembaga 1MDB tidak pernah dilaporkan kepada menteri Kabinet Barisan Nasional (BN) sebelum itu.

"Banyak isu berkaitan 1mdb tidak pernah dimaklumkan kepada Kabinet," tambah beliau.

Khairy berkata, ia adalah tindakan tidak bijak untuk mengubah laporan akhir Ketua Audit Negara berhubung 1MDB kerana laporan seperti itu harus bebas daripada sebarang pengaruh luar.

"Ketika saya menjadi menteri, kementerian saya turut disiasat dan diaudit beberapa kali. Kita harus menerima kerana ia adalah kebiasaan dalam kerajaan," kata Khairy.

Pengauditan adalah satu kemestian dan kelemahan yang terdapat dalam laporan audit hendaklah diberikan perhatian, kata beliau. - The Star

Khairy Jamaluddin, 1MDB

Artikel Berikut

Artikel Lain