suria

Ia cubaan bunuh, kata PM mengenai perusuh serang anggota bomba

Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dibenarkan untuk memprotes, tetapi tidak sampai ke tahap melibatkan keganasan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield di USJ 25, yang bermula awal pagi Isnin itu bukan sekadar protes.

"Walaupun kita mahu menjadi liberal dan membenarkan demonstrasi, tetapi cuba membunuh bukan demonstrasi, ia adalah cubaan membunuh," katanya selepas melawat anggota bomba yang cedera, Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut Jantung Negara (IJN), pada Rabu.

"Tanpa bantuan perubatan moden, dia mungkin dah meninggal dunia. Ini adalah pembunuhan," tambah beliau.

Beliau berkata, jawatankuasa kuil itu sepatutnya memaklumkan kepada polis apabila sekumpulan perusuh menceroboh kawasan kuil.

"Mereka sepatutnya memaklumkan pihak polis bahawa terdapat pihak yang menceroboh kuil, tetapi mereka tak buat.

"Sebaliknya mereka menanganinya dengan cara sendiri sehingga membawa kepada rusuhan," katanya.

Beliau berkata, keputusan mengenai isu kuil itu akan diumumkan di Parlimen pada Khamis. - The Star


Artikel Lain