PETALING JAYA: Hujan lebat menyebabkan banjir kilat berlaku di sepanjang Lebuhraya Kesas menuju ke Bukit Jalil pada Selasa. Trafik perlahan disebabkan oleh hujan lebat di sekitar plaza tol Awan Besar dan Sri Petaling di lebuh raya tersebut sejak pukul 4 petang. Bagaimanapun, menurut akaun Twitter Lebuhraya Kesas, banjir kilat berlaku kira-kira pukul 5.30 petang menyebabkan kesesakan lalu lintas luar biasa di sepanjang lebuh raya menuju ke Bukit Jalil dan Kuala Lumpur. Trafik di sekitar Bukit Jalil telah sudah semakin sesak pada petang Selasa susulan berlangsungnya perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional pada malam Selasa. - The Star Please do not use the Kesas highway to Bukit Jalil or Sri Petaling. You will stuck in massive jam! Photo and video taken out of my balcony. #suckchairtillsiaoPosted by Yvonne Low on Tuesday, December 11, 2018