suria

Operasi UTC setakat 7 malam mulai Januari 2019

PETALING JAYA: Operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang selama ini memberi khidmat kepada umum sehingga 10 malam akan dipendekkan mulai 1 Januari depan.

Berdasarkan jadual waktu terkini, UTC di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan beroperasi bermula pukul 8 pagi hingga 7 malam setiap hari.

Sebelum ini UTC beroperasi bermula pukul 8.30 pagi hingga 10 malam.

Perkhidmatan UTC akan ditutup seketika untuk solat Jumaat bermula pukul 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang bagi Semenanjung Malaysia, manakala 11.30 pagi hingga 2 petang untuk Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan serta 11.45 pagi hingga 2.15 petang untuk Sarawak.

Bagaimanapun, waktu rehat itu hanya untuk Jumaat sahaja.

Selain itu, UTC akan ditutup pada cuti umum Persekutuan atau negeri.

Kemudahan UTC adalah inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) bertujuan membawa perkhidmatan kepada rakyat dan memastikan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Ia adalah Pusat Sehenti (One Stop Centre) yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat dan beroperasi di luar waktu pejabat dan juga pada hujung minggu (kecuali cuti umum).

Perubahan terkini ini turut mengundang rasa tidak puas hati bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memulakan inisiatif berkenaan.

Malahan, beliau membidas kerajaan Pakatan Harapan supaya menutup sahaja UTC jika waktu operasinya dipendekkan.


UTC

Artikel Lain