suria

Jenazah Adib tiba di Kedah dengan helikopter bomba

ALOR SETAR: Jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim tiba dengan helikopter di kampung halamannya di Kampung Tebengau di Kuala Kedah di sini.

Jenazah bomba berusia 24 tahun itu diterbangkan dari Kuala Lumpur oleh helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat dan mendarat di SK Tebengau pada pukul 10.30 pagi Selasa.

Ibu bapa Allahyarham mengiringi jenazah dengan menaiki helikopter tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Bedah siasat jenazah Adib selesai, dibawa keluar dari IPFN

Dua helikopter lain yang tiba terlebih dahulu membawa Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Mohamad Hamdan Wahid dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi Datuk Soiman Jahid.

Allahyarham meninggal dunia akibat cedera parah ketika insiden rusuhan kuil Seafield Sri Maha Mariamman berlaku pada bulan lalu.

Muhammad Adib meninggal dunia pada pukul 9.41 malam Isnin di Institut Jantung Negara (IJN).

Pengebumiannya akan berlangsung setelah waktu Zohor. - The Star

Muhammad Adib

Artikel Lain