suria

Suspek kes pembunuhan Adib akan dipanggil semula

KUALA LUMPUR: Polis sekali lagi akan menyoal empat suspek yang ditahan reman sebelum ini kerana menyerang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim selepas kes itu kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, keempat-empat mereka akan dipangil untuk memberi keterangan.

"Mereka akan dipanggil sekali lagi, dengan kes ini yang sudah diklasifikasikan sebagai pembunhan, kami akan melihat maklumat dan butiran yang lebih mendalam.

"Terdapat banyak bukti yang perlu dikumpul untuk kes tersebut," ujarnya sambil menambah polis kini giat mencari saksi lain untuk kes berkenaan.

Muhammad Adib cedera parah sewaktu bertugas dalam rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November lalu.

Dia sebelum ini menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh sebelum keadaan kesihatannya merosot sekitar 16 Disember lalu.

Dia meninggal pada hari berikutnya.

Dalam pada itu, Noor Rashid berkata mereka giat mengenal pasti beberapa individu lain yang boleh memberi keterangan berhubung kes itu.

"Sejumlah 38 orang yang kami cari telah datang dan sudahpun mengambil keterangan mereka," katanya.

 

Artikel Sebelum

Artikel Lain