suria

Sembilan pendaki hilang di Bukit Bendera ditemui selamat

GEORGE TOWN: Sembilan pendaki yang dilaporkan hilang di Bukit Bendera ditemui oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pada Rabu.

Seorang jurucakap JBPM berkata, kesemua pendaki itu hilang pada malam Selasa, ditemui selamat.

"Satu operasi untuk mencari mereka dilakukan pada pukul 7.30 malam Selasa, dan kesemua pendaki ditemui pada kira-kira 1 pagi hari ini," kata jurucakap itu.

Operasi mencari menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan anggota menggunakan laluan pendakian.

Kesemua pendaki dibawa turun dengan selamat dan operasi berakhir pada kira-kira pukul 5.20 pagi Rabu. - The Star

pendaki, Bukti Bendera

Artikel Lain