suria

Anwar diundang bertemu Duterte semasa bercuti bersama keluarga

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan Presiden Filipina Rodrigo Duterte dan membincangkan kerjasama antara Malaysia dan Filipina.

Namun tindakan itu dipertikaikan seorang pengguna Twitter yang menyifatkan pertemuan tersebut sepatutnya dibawah bidang kuasa Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Ketika ditanya sama ada beliau diarahkan untuk berbuat demikian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar yang juga Presiden PKR berkata beliau sedang bercuti di negara tersebut semasa menerima jemputan daripada Duterte.

"Sementara dalam percutian dengan keluarga, saya diundang ke Istana Malacañang, Manila, menemui Presiden Filipina Rodrigo Roa Duterte.

"Kami berbincang inisiatif meningkat kerjasama ekonomi dan keselamatan di antara Malaysia dan Filipina," kata Anwar di Twitternya, malam Khamis.

Pada Julai, Duterte bertemu dengan Dr Mahathir di Putrajaya denan Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyifatkan hubungan kedua-dua negara berada pada tahap terbaik.

Anwar Ibrahim, Rodrigo Duterte

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain