PUTRAJAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat memakai balutan di pipi dan dagunya pada mesyuarat agung tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Jumaat malam di sini. Ketika ditanya apa yang berlaku, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu berkata bahawa dia jatuh dari motosikalnya. "Saya jatuh daripada motosikal tiga hari lalu, saya harap saya akan pulih dalam tempoh satu atau dua minggu. "Saya pergi melakukan pemeriksaan kedua di hospital hari ini kerana hidung saya masih berdarah, saya akan mendapat laporan penuh pada Isnin selepas hospital melakukan imbasan penuh. "Ia adalah cerita panjang tetapi yang paling penting adalah kita semua berada di sini dengan battle scars (parut pertempuran) masing-masing - sama ada secara mental atau fizikal," kata Syed Saddiq. Beliau bercakap kepada media selepas majlis perasmian Sayap Armada dan Srikandi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini. Mesyuarat Agung Tahunan tersebut yang dihadiri oleh 2,000 perwakilan akan berlangsung Sabtu dan berakhir pada Ahad. - The Star