suria

Hotel haram kembali berleluasa

GEORGE TOWN: George Town yang merupakan Tapak Warisan Dunia yang terkenal dan disifatkan Unesco sebagai "contoh hidup warisan berbilang budaya Asia dan Eropah", tetapi malangnya menyaksikan kebangkitan semula hotel-hotel haram dengan pertikaian mengenai sistem keselamatan kebakaran.

"Ya, kita tahu yang baharu muncul lagi," kata Datuk Bandar, Datuk Yew Tung Seang.

Rumah tamu baharu dilihat di beberapa tapak warisan itu terutama di Stewart Lane dan Love Lane.

Ia muncul semula selepas dipecahkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) menggunakan tukul besi yang besar, beberapa tahun lalu.

Beberapa hotel baharu kini beroperasi, dengan sebahagiannya dibangunkan di kawasan yang ditutup oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang melakukan operasi besar-besaran tahun lepas.

Pada 2014, kerajaan negeri mengeluarkan lesen sementara untuk rumah tamu dan hotel-hotel kecil yang mula didirikan di tapak warisan itu.

Ia bertujuan untuk membolehkan mereka beroperasi semasa mereka dalam proses memenuhi semua keperluan untuk mendapatkan lesen tetap.

Dibanjiri dengan ketibaan pelancong yang berkembang pesat, hotel-hotel yang baru beroperasi ini mencipta penginapan bergaya dan menarik di rumah sebelum zaman perang, tetapi mereka tidak mempunyai sumber kewangan untuk mematuhi peraturan-peraturan seperti sistem keselamatan kebakaran dan pemuliharaan warisan.

Setakat ini, lebih 260 hotel dan rumah tamu yang tidak berlesen.

Tempoh penangguhan itu berakhir pada November 2017 dan MBPP menjalankan operasi secara besar-besaran terhadap mereka yang gagal mematuhi undang-undang bagi mendapatkan lesen hotel.

Pasukan penguat kuasa menyerbu beberapa hotel dan merobohkan bilik yang sempit menggunakan tukul besi yang besar.

Tung Seang berkata, pengusaha hotel perlu menyedari bahawa mereka perlu mendapatkan lesen yang sah.

"Keperluan yang perlu dipenuhi bagi memastikan keselamatan tetamu dan urusan perbandaran berjalan lancar.

"Kita akan berdepan dengan masalah sekiranya semua orang melakukan apa sahaja yang mereka mahu di tapak warisan," katanya.

Difahamkan, MBPP sedang menunggu arahan daripada kerajaan negeri susulan operasi terhadap hotel haram, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Tung Seang para pengusaha hotel untuk mengemukakan permohonan lesen mereka kepada MBPP.

"Semakin cepat anda datang, lebih banyak masa anda perlu berusaha untuk memenuhi pematuhan tersebut sebelum kita memulakan penguatkuasaan," katanya. - The Star

Artikel Lain