suria

Ribut petir rosakkan lebih 20 kediaman di Ipoh

Keadaan salah seorang rumah penduduk yang terjejas akibat kejadian ribut petir.

IPOH: Lebih 20 rumah di Kampung Gugusan Manjoi dan Taman Keledang Raya di sini mengalami kerosakan teruk akibat kejadian ribut petir yang berlaku pada petang Ahad.

Bumbung beberapa rumah ranap dan perabot yang diletakkan di luar rumah juga diterbangkan angin.

Ribut petir selama satu jam itu mula berlaku kira-kira pukul 5 petang.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang melawat rumah dan keluarga yang terjejas akibat ribut petir berkata, kerajaan kini akan memberi tumpuan untuk membantu mangsa-mangsa.

Beliau berkata Majlis Bandaraya Ipoh sedang membersihkan beberapa pokok runtuh, manakala Tenaga Nasional Bhd pula cuba menyambungkan semula bekalan elektrik ke rumah yang terjejas.

"Saya akan menganjurkan gotong-royong untuk membaiki rumah-rumah yang rosak.

"Mangsa yang ingin tinggal di tempat perlindungan sementara harus mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan," katanya.

"Saya juga menggesa mangsa melaporkan kepada polis untuk memudahkan proses mendapatkan bantuan.

"Untuk keselamatan mereka, sila pastikan semua dokumen penting dibawa bersama," katanya.

Sesetengah penduduk menginap di pusat perlindungan sementera dekat sebuah surau di Kampung Kolam. - The Star

ribut petir

Artikel Lain