suria

Sekadar perjumpaan biasa, kata Tun M menghadap Sultan Johor

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu, pertemuan beliau dengan Sultan Johor sekadar perjumpaan biasa.

"Saya hanya mahu menghadap baginda, itu saja," katanya ketika ditanya mengenai beliau akan menghadap Sultan Ibrahim pada Khamis.

Perjumpaan itu dijadualkan pada pukul 3 petang di Istana Bukit Serene.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M menghadap Sultan Johor hari ini

Ia akan menjadi pertemuan buat pertama kali antara Dr Mahathir dengan Sultan Johor selepas menjadi perdana menteri, Mei lalu.

Sumber di Pejabat Perdana Menteri memberitahu, pertemuan tersebut diadakan berikutan permintaan Sultan Ibrahim, beberapa minggu lalu.

Difahamkan Dr Mahathir akan bersendirian menghadap baginda. - The Star

Artikel Lain