suria

Tengku Abdullah ditabal Sultan Pahang Selasa ini

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersama Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah (kanan) dan Tengku Abdul Fadh Mua’dzam Shah Sultan Ahmad Shah (belakang). Foto: Bernama

KUANTAN: Pemangku Sultan Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bakal menjadi Sultan Pahang Ke-6 pada  15 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat adinda baginda, Tengku Abdul Rahman dalam satu sidang media khas yang berlangsung di Istana Abu Bakar pada Sabtu.

Pada Jumaat, Tengku Abdullah mempengerusikan mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang.

Tengku Abdullah ialah pemangku Sultan Pahang berikutan keadaan kesihatan ayahandanya, Sultan Ahmad Shah, 88 yang tidak mengizinkan.

Kemungkinan Tengku Abdullah bakal dilantik mengisi kekosongan jawatan Agong selepas pengunduran Sultan Muhammad V pada 6 Januari lalu.

Mengikut sistem penggiliran Agong, selepas Kelantan jawatan Agong akan disandang oleh Sultan Pahang.

Majlis Raja-raja akan bersidang pada 24 Januari ini bagi melantik Agong ke-16 dan majlis mengangkat sumpah dijangka diadakan pada seminggu kemudian.

Sehingga Agong yang baru dilantik Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga timbalan Yang di-Pertuan Agong kini menjadi pemangku Agong.

Tengku Abdullah, Sultan Pahang

Artikel Lain