KOTA KINABALU: Kanak-kanak perempuan yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki di sebuah apartmen, dekat Telipok, petang Ahad, berada dalam keadaan stabil.
Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas Dr Tan Bee Hwai berkata kanak-kanak perempuan berkenaan kini sedang menjalani rawatan pakar.
“Kanak-kanak tersebut dalam keadaan stabil dan sedang dalam rawatan pakar,” katanya ketika dihubungi.
ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga budak yang ditawan nafi wujud unsur dendam
Dalam insiden itu, polis berjaya menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu selepas menembak mati suspek dengan beberapa das tembakan di lokasi kejadian.
Kanak-kanak perempuan itu kemudian di hantar ke hospital berkenaan menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.- BERNAMA