suria

Seludup dadah: Krew kabin Malindo Air digantung tugas

KUALA LUMPUR: Malindo Air mengesahkan bahawa seorang daripada krew kabinnya antara lapan individu diberkas oleh Polis Persekutuan Australia (AFP) kerana didakwa cuba menyeludup dadah dari Malaysia ke Australia.

Malindo Air dalam satu kenyataan menyebut bahawa krew kabin wanita itu diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne oleh AFP pada 7 Januari.

“Bagaimanapun, hingga kini kami masih belum ada sebarang komunikasi rasmi baik dengan kakitangan kami atau dari AFP mengenai penahanan itu.

“Kami belum lagi mengutarakan perkara itu dengan pejabat Konsul Am Malaysia di Melbourne sebaik mengetahui mengenai penahanan itu,” demikian menurut kenyataan itu.

Malindo Air juga menyatakan bahawa penerbangan itu menggantung kerja krew kabin terbabit yang berkuatkuasa serta merta sebelum dipecat dan ia bersedia memberi kerjasama dengan semua pihak yang berkenaan di Australia atau di Malaysia berhubung perkara itu.

"Dengan itu, kami mengetahui kini dan berdasarkan kepada hasil daripada siasatan dalaman, kami yakin bahawa penangkapan ini adalah seperti insiden yang terpencil akibat daripada salah laku seorang krew."

Manakala krew Malindo Air yang selebihnya dalam penerbangan itu tidak ditahan,” tambahnya lagi.

Media antarabangsa pada Rabu melaporkan bahawa seorang kakitangan sebuah penerbangan Malaysia adalah antara lapan diberkas di Australia atas tuduhan penyeludupan lebih 14 kilogram heroin, kokain, dan methamphetamine bernilai AUD$20 juta.

Jun lepas, seorang pembantu penerbangan dari Penerbangan Malaysia juga diberkas di lapangan terbang yang sama kerana didakwa cuba menyeludup 3.5kg heroin bernilai RM4.18 juta dalam bagasinya. - BERNAMA

Malindo Air

Artikel Lain