suria

Gurauan sinis 'tauke' 1MDB, Harapan Coin tular

NAMPAKNYA gurauan sinis oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad, menjadi tular di media sosial.

Najib pada mulanya memuat naik gambar beliau dan Khalid dalam satu perbualan bersama orang ramai.

Gambar tersebut dengan keterangan: "Oh, sebelah kiri saya ini tauke Harapan Coin."

"Hari itu terpegun naik MRT. Jangan dia terkejut Cameron ada strawberi sudah lah," katanya pada Jumaat.

Posting Najib merujuk kepada cadangan Khalid untuk memperkenalkan mata wang kripto Harapan Coin, pada Julai tahun lalu.

Beliau turut merujuk kepada Khalid yang begitu kagum dengan projek tren MRT.

Khalid bagaimanapun segera membidas kenyataan Najib di Twitter.

"Kenalkan, sebelah kanan saya ni tauke 1MDB.

"Saja nak bagitau, baik jadi tauke Harapan Coin daripada jadi tauke 1MDB yang rembat duit rakyat," tulisnya Twitter beberapa jam selepas posting Najib. - The Star

Khalid Samad, Najib Tun Razak

Artikel Lain