suria

Rakyat Malaysia maut diserang dengan tukul di New York

DUA lelaki termasuk seorang rakyat Malaysia meninggal dunia manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal susulan kejadian serangan di New York.

NBC New York melaporkan, Arthur Martunovich, 34, menyerang tiga lelaki Asia menggunakan tukul di restoran Seaport Buffet di Brooklyn, New York pada Selasa (15 Januari).

Menurut laporan itu, serangan menyebabkan chef, Fufai Pun, 34, meninggal dunia manakala pemilik restoran berusia 60 tahun dan pengurus berusia 50 tahun cedera parah.

Menurut NBC New York lagi, mangsa yang juga pemilik restoran meninggal tiga hari selepas kejadian di Hospital Lutheran, Brooklyn akibat kecederaan yang dialami.

Pegawai di Wisma Putra mengesahkan mangsa yang berusia 60 tahun dikenali sebagai Ng Thang Kheong merupakan rakyat Malaysia.

Thang Keong yang berasal dari Johor dilaporkan mengalami trauma otak.

Dalam pada itu, mangsa yang berusia 50 tahun masih lagi berada dalam keadaan kritikal.

Menerusi laporan sama, Martunovich dikatakan mensasarkan lelaki Asia dan mendakwa dia mendapat inspirasi daripada filem China yang menunjukkan layanan tidak elok kepada wanita.

Ketua Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada Martunovich akan menghadapi dakwaan jenayah kebencian.

Tambahnya, Martunovich kini berada di wad psikiatrik untuk penilaian. -The Star

Serangan, New York, Seaport Buffet

Artikel Lain