suria

Sekolah tidak perlu buat permohonan, boleh panjangkan masa rehat ikut keadaan

Gambar hiasan. - Foto Bernama

SEKOLAH mempunyai autonomi untuk meningkatkan masa rehat dari 20 minit ke 30 minit, kata Timbalan Menteri Pelajaran Teo Nie Ching.

Sin Chew Daily memetik Nie Ching sebagai berkata ketika beliau melawat SJK (C) Subang, Selangor berikutan terdapat aduan ibu bapa bahawa rehat 20 minit itu tidak mencukupi untuk murid-murid.

Rupa-rupanya terdapat murid yang akan makan sambil berdiri dan menelan makanan dengan gelojoh kerana tidak cukup masa rehat.

Nie Ching berkata, dasar Kementerian Pelajaran membenarkan waktu rehat diperuntukkan antara 20 dan 30 minit.

"Sekolah tidak perlu memohon kebenaran daripada mana-mana agensi.

"Kementerian membenarkan sekolah-sekolah menentukan masa rehat kerana keadaannya berbeza bagi setiap sekolah," katanya. - The Star

waktu rehat

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan