suria

Kebakaran di Gebeng dianggarkan merebak seluas 60 hektar

Foto Bernama

KEBAKARAN yang merebak seluas 60 hektar di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan, Pahang dikhuatiri akan menular lebih jauh disebabkang oleh gelombang panas yang melanda seluruh negara.

Cuaca panas ini dijangka berlarutan sehingga akhir bulan depan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Nor Hisham Mohammad berkata, anggota bomba dari stesen Gebeng, dengan kerjasama pasukan Gebeng Emergency Mutual Aid akan tunggu sedia untuk memastikan api tidak merebak.

Nor Hisham berkata setakat ini, hanya 20% daripada kawasan yang terjejas berjaya dipadamkan api dan mereka meminta bantuan udara dari ibu pejabat untuk operasi itu.

"Kami bertindak dengan segera untuk mengelakkan kebakaran daripada merebak dengan menggali bahagian tertentu aliran longkang bagi menyekat aliran air supaya ia akan naik ke paras tanah dan bertindak sebagai penghadang," kata Nor Hisham.

Enam puluh hektar adalah lebih kurang dengan saiz 85 padang bola sepak.

Walaupun punca api bermula belum dikenal pasti, ia dipercayai bahawa pemancing mungkin telah meninggalkan unggun api tanpa pengawasan semasa menangkap ikan di tasik berdekatan. - The Star

kebakaran, Gebeng

Artikel Lain