suria

SKMM nafi dakwaan pusat internet akan ditutup

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan dakwaan Nusuara Technologies Sdn Bhd yang memberi gambaran bahawa pusat internet di seluruh negara akan ditutup.

Suruhanjaya itu dalam kenyataan menegaskan dakwaan yang dibuat oleh pengendali utama pusat internet naungan Celcom itu adalah satu tindakan yang cuai.

"SKMM mengesahkan bahawa pusat internet di seluruh negara tidak akan ditutup dan dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Sehubungan itu, menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak berkenaan digesa untuk memberi justifikasi serta keterangan yang lanjut kepada SKMM.

Menurut kenyataan itu, sehingga kini terdapat 870 pusat internet yang sedang beroperasi di seluruh negara yang merupakan antara inisiatif di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat SKMM.

Antara kemudahan yang disediakan adalah perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi, kursus dan latihan ICT serta e-dagang yang telah meningkatkan kemahiran masyarakat setempat, sekali gus memperkasakan tahap ekonomi tempatan, menurut kenyataan itu. -Bernama

SKMM, pusat internet

Artikel Lain