suria

Tak perlu pemindahan di Pasir Gudang - Dr Mahathir

Lokasi insiden bermulanya pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang, Khamis. Foto Bernama

TIADA keperluan untuk mengisytiharkan Pasir Gudang sebagai kawasan bencana dan arahan pemindahan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, keadaan ketika ini tidak sampai ke tahap yang memerlukan pendekatan itu.

"Rakyat seharusnya mempunyai kepercayaan terhadap kerajaan dalam menangani isu itu sehabis baik," katanya, sambil menambah bahawa situasi tersebut merupakan yang seumpamanya membabitkan gas.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja ke kawasan terjejas dan melawat mangsa-mangsa di hospital.

Ditanya sama ada keadaan yang semakin buruk telah diselesaikan atau masih terdapat gelombang lain, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak boleh katakan yang terburuk sudah berakhir atau sama ada keadaan akan bertambak baik. 

"Apa yang kita tahu... kita tahu bagaimana hendak menangani masalah ini," tambahnya. - The Star 

Artikel Lain