suria

RON97 naik lapan sen, RON95 dan diesel kekal

HARGA bahan api RON97 naik sebanyak lapan sen manakala RON95 dan diesel pula kekal sama selama seminggu bermula Sabtu.

Kementerian Kewangan berkata harga RON97 akan meningkat kepada RM2.54 seliter daripada RM2.46 seliter.

Harga runcit RON95 dan diesel pula kekal pada paras yang ditetapkan sebelum ini iaitu RM2.08 serta RM2.18 seliter.

Harga tersebut akan berkuat kuasa bermula awal pagi Sabtu sehingga 22 Mac depan.

Berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM) baharu, kementerian berkenaan berkata harga RON95 dan diesel dari 16-22 Mac masing-masing bernilai RM2.24 dan RM2.37 seliter.

“Harga RON95 dan diesel bagi tempoh itu ditutup pada RM2.08 dan RM2.18 setiap liter, berikutan keputusan Kabinet untuk mengurangkan beban kewangan rakyat," kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mekanisme penetapan harga bahan api mingguan diperkenalkan pada 5 Januari di bawah APM baharu.

Di bawah sistem itu, harga bahan api mingguan diumumkan pada setiap Jumaat dan akan berkuat kuasa selama satu minggu. - The Star

RON97, RON95, diesel, Kementerian Kewangan

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan