suria

Hutan seluas 100 ekar terbakar dekat Miri

KIRA-KIRA kawasan seluar 100 ekar hutan terbakar di Kuala Baram dan Miri, Sarawak.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Supt Law Poh Kiong berkata, lima titik panas dikenal pasti setakat pukul 5 petang Sabtu.

Terdahulu (sekitar tengah hari), pasukan bomba Miri bertungkus-lumus memadam kebakaran yang berlaku dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Miri.

Dalam satu perkembangan terkini pada pukul 2.40 petang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, anggotanya sudah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran berlaku dekat sekolah, sepanjang kawasan pantai," kata Poh Kiong. - The Star

Kuala Baram, Miri, kebakaran hutan

Artikel Lain