suria

Gempa Lombok: 2 rakyat Malaysia terkorban dibawa pulang hari ini

Pasukan mencari dan menyelamat menjalankan operasi susulan gempa di Lombok, Isnin. Foto AP

JASAD dua rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi dan tanah runtuh di Lombok, Indonesia pada Ahad, dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5.10 petang Selasa.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam kenyataan berkata, mendiang Datin Tai Siew Kim dan mendiang Lim Sai Wah akan dibawa pulang ke Malaysia dengan menggunakan penerbangan Garuda Indonesia, GA816.

Selain itu, 17 mangsa lain akan turut pulang ke tanahair esok dengan menaiki pesawat Air Asia dengan nombor penerbangan AK309 terus dari Lombok dan dijangka tiba di KLIA2 pada pukul 3.15 petang, katanya.

Bagaimanapun, empat lagi warganegara Malaysia yang cedera dalam kejadian itu masih menerima rawatan di Rumah Sakit Umum Daerah – (RSUD) Mataram.

Kenyataan itu menyebut pegawai Kedutaan Malaysia di Lombok sedang giat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kelancaran urusan membawa pulang jenazah serta warganegara Malaysia yang terjejas. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain