suria

Mak nyah didakwa berkelakuan tidak senonoh

SEORANG pelancong dari Filipina didakwa di mahkamah majistret di Kuala Lumpur kerana berkelakuan tidak sopan.

Kent Caburnay Acuin, 29, yang merupakan seorang mak nyah dari Cebu, didakwa memanjat sebuah kereta sambil berbogel, dan berkelakuan tidak senonoh dan menganggu ketenteraman individu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Sultan Ismail di Kuala Lumpur pada pukul 10.40 pagi, 13 Mac lalu.

Pertuduhan tersebut di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan- kesalahan Kecil 1955, yang membawa hukuman denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.

Acuin yang tidak diwakili peguam, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibaca kepadanya dalam bahasa Inggeris.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Mohd Jafri tidak menawarkan ikat jamin.

Majistret, Rahni Kartini Abd Karim mengarahkan tertuduh direman dan sebutan kes ditetapkan pada 22 April depan.

Pada 13 Mac lalu, seorang individu berbogel, yang berpenampilan seperti mak nyah dilihat berkeliaran di sepanjang jalan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Video dirinya yang berkelakuan lucah itu tular di media sosial. - The Star

mak nyah, Kent Caburnay Acuin

Artikel Lain