suria

Ikan pari gergasi 150kg ditangkap, ramai persoal kenapa perlu bunuh?

Cubaan nelayan untuk mengangkut ikan pari gergasi menggunakan sebuah trak.

IKAN pari gergasi yang ditangkap secara terang-terangan oleh nelayan tempatan di utara Sarawak, dan tindakan itu dipersoalkan sama ada terdapat keperluan untuk menangkap atau membunuh ikan itu.

Seorang nelayan tempatan di daerah Sibuti, 60 kilometer selatan Miri pada pagi Jumaat, dengan bangganya menangkap seekor ikan pari seberat 150 kilogram di Laut China Selatan dekat Miri.

Dia memuat naik gambar dirinya mengangkut ikan pari gergasi, denganpanjangnya menyamai seorang lelaki dewasa.

Minggu lalu, seorang nelayan dari Sibuti menunjukkan kejayaannya menangkap ikan pari seberat 250 kilogram, juga di perairan Laut China Selatan dekat Miri.

Saiz ikan pari itu terlalu besar sehingga tidak muat dimasukkan ke bahagian belakang sebuah trak pikap.

Kesemua nelayan ini memut naik gambar mereka sendiri, termasuk di media sosial.

Bagaimanapun, tindakan mereka itu dipersoalkan.

"Adakah tiada lagi ikan lain untuk makan, sampai nelayan-nelayan ini perlu menangkap ikan gergasi ini di laut?

"Kenapa pihak berkuasa tidak menghentikan tindakan yang tidak wajar ini," soal seorang isteri ekspatriat, Jessica Maria pada Jumaat.

Antara komen lain adalah ikan tersebut tidak sesuai dimakan kerana dagingnya liat.

Berdasarkan semakan dengan sekutif komunikasi Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Susan Yek mengenai sama ada ikan pari merupakan spesies yang dilindungi, dan menurutnya, ikan tersebut tidak di dalam senarai yang dilindungi.

Dua minggu lalu, seekor ikan yu paus gergasi juga ditangkap oleh nelayan di luar pantai Miri.

Ikan seberat 1.5 tan itu dengan panjangnya berukuran kira-kira enam meter.

Ia bagaimanapun telah mati semasa dibawa nelayan ke jeti di Sungai Miri.

Nelayan memberitahu SFC bahawa ikan yu paus itu ditangkap secara tidak sengaja, kerana terjerat ke dalam pukat mereka. - The Star


ikan pari

Artikel Lain