suria

Lelaki ditahan didakwa rogol, liwat, pukul adik ipar

Gambar sekadar hiasan.

SEORANG lelaki berusia 30 tahun ditahan kerana didakwa merogol, meliwat dan memukul adik iparnya berumur 18 tahun.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, doktor mengesahkan mangsa yang tinggal bersama kakaknya dan suspek, hamil lapan bulan.

"Mangsa memberitahu bahawa suspek mula merogolnya dua tahun lalu dan dia akan dipukul sekiranya cuba melawan," kata Ahmad Dzaffir.

Ahmad Dzaffir berkata, insiden terakhir pada 19 Mac lalu apabila suspek didakwa merogol mangsa dua kali dan meliwatnya.

"Suspek itu juga memukul mangsa dengan melibas punggungnya menggunakan tali pinggang kerana dia pada awalnya menolak permintaannya," ujarnya.

Menurut beliau, mangsa juga mendakwa bahawa kakaknya akan memarahinya sekiranya dia enggan diperkosa oleh suspek.

"Suspek juga telah merakamkan salah satu kejadian rogol dan mengugut untuk menunjukkan kepada bakal suami mangsa pada masa akan datang, sekiranya melaporkan perkara itu kepada polis," tambah Ahmad Dzaffir.

Beliau berkata, suspek direman sehingga 29 Mac untuk siasatan lanjut. - The Star

rogol, liwat, pukul

Artikel Lain