suria

'Ayam popcorn' kembali lagi! Kali ini lebih rangup dan pedas

Hidangan kombo ayam popcorn bersama kentang goreng dan minuman Pepsi Black beserta tambahan seketul ayam.

KALAU bercakap tentang ayam goreng pasti ramai yang terbayangkan keenakan ayam KFC yang paling digemari di negara ini.

Tetapi jangan lupa tentang ayam popcorn yang tak kurang enaknya dan mempunyai ramai peminat. Bagi yang merindui ayam popcorn ikonik ini, anda tentu gembira apabila hidangan ini dibawakan khas untuk anda semula setelah lama kemunculannya dinanti-nantikan.

Menariknya, kali ini ia datang bersama perisa pedas Hot & Spicy dengan isi lebih padat, enak dan rangup!

Diperbuat daripada 100 peratus ayam empuk diiringi rempah, hidangan ini sesuai dimakan begitu sahaja atau pun dipadankan sebagai menu sampingan bagi melengkapi hidangan-hidangan yang lain.

Menurut Ketua Pegawai Operasi KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan, mereka berasa teruja untuk membawa kembali ayam popcorn ikonik ini yang juga merupakan hidangan terkenal dari KFC.

"Hilang dari pandangan tidak bermaksud hilang dari hati dan minda penggemar KFC.

"Kami tahu ramai di antara anda yang amat menanti-nantikan kemunculan semula ini. Oleh itu kami amat teruja untuk membawakan kembali Popcorn Chicken ikonik ini, sebuah lagi hidangan terkenal dari KFC," kata Mee Jiuan.

Ayam popcorn Hot & Spicy ini boleh dinikmati bermula hari ini secara ala carte, kombo atau hidangan Box yang didatangkan bersama tambahan seketul ayam.

KFC, ayam popcorn

Artikel Lain