suria

Harga RON97 naik, RON95 dan diesel kekal

Harga RON97 naik 12 sen bermula 20 April.

HARGA bahan api RON97 meningkat sebanyak 12 sen seliter, manakala petrol RON95 dan diesel kekal bermula Sabtu.

Kementerian Kewangan berkata harga RON97 akan meningkat dari RM2.68 seliter kepada RM2.80 seliter.

Manakala, harga RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

Harga petrol RON97 baharu akan berkuat kuasa dari 12.01 pagi Sabtu (20 April) hingga 26 April.

"Di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), RON95 dan diesel sepatutnya meningkat sebanyak 12 sen seliter dan tujuh sen seliter.

"Bagaimanapun, harga RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing ditutup pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berikutan keputusan Kabinet untuk mengurangkan beban kewangan rakyat, " jelas satu kenyataan pada Jumaat.

Mekanisme penetapan harga bahan api mingguan diperkenalkan pada 5 Januari di bawah APM.

Di bawah sistem ini, harga bahan api mingguan diumumkan setiap hari Jumaat dan masih berkuat kuasa selama seminggu.

Petrol, Diesel

Artikel Lain