SERAMAI 22 lagi pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes melindungi pemandu lori. Seorang jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang berkata, 22 pegawai berusia antara 20 dan 45 tahun itu ditahan semasa mereka tampil di pejabat suruhanjaya cawangan negeri di Jalan Sultan Ahmad di George Town, Pulau Pinang pada Isnin. "Kita mempunyai satu senarai pegawai yang kita mahu siasat, jadi seorang pegawai kanan JPJ mengetuai mereka ke sini pada Selasa," katanya. Pada 17 April lalu, 30 individu termasuk 24 pegawai JPJ Pulau Pinang dan enam orang awam, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. Pada 21 April lalu, lima lagi pegawai penguat kuasa JPJ Pulau Pinang ditahan dan direman seminggu. Menurut sumber, pegawai-pegawai JPJ disyaki menerima bayaran bulan antara RM10,000 dan RM32,000 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan lalu lintas. - The Star