suria

Dr M sahkan Abdul Hamid Bador sebagai KPN baharu

Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu.

"Yang di-Pertuan Agong telah menandatangani surat pelantikan itu," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Pekerja di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Rabu.

Pada Isnin, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bertemu Dr Mahathir bagi mengucapkan perpisahan sebelum bersara pada Sabtu ini.

Mohamad Fuzi yang berusia 60 tahun dilantik sebagai KPN pada 4 September 2017, menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau menyertai Polis Diraja Malaysia sebagai kadet Penolong Penguasa Polis pada 8 Jan 1984. - The Star.

Artikel Lain