POLIS mengesahkan menerima laporan daripada bekas pembantu seorang anggota Parlimen di Perak yang mendakwa diganggu secara seksual oleh anggota Parlimen itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi berkata pihaknya menerima laporan itu yang dibuat di Selangor tetapi beliau enggan mengulas lanjut. "Saya sahkan yang polis terima laporan berhubung kes ini dan siasatan lanjut masih dilakukan," katanya. Media tempatan pada Jumaat melaporkan yang bekas pembantu anggota Parlimen itu membuat laporan polis yang beliau telah diganggu secara seksual. Laporan itu turut menyebut wanita itu mendakwa anggota Parlimen berkenaan telah menunjukkan buku 'Kamasutra' serta gambar lucah kepadanya. - Bernama