SEORANG peniaga berusia 25 tahun di Tawau, Sabah menimpa nasib malang apabila tangannya tersepit dalam mesin tebu semasa membuat persiapan untuk bazar Ramadan dekat rumahnya. Mangsa, Era Fazira Ramli, menjerit kesakitan sebelum keluarganya segera membantu dengan mematikan mesin berkenaan. Mereka kemudian menghubungi pasukan bomba dalam kejadian pukul 10 pagi Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi bazar! Apa yang pelanggan lakukan buat peniaga air balang terharu, “Yang patahnya meja, tapi semangat saya tak patah” ARTIKEL BERKAITAN: Lauk jualan Ramadan terpaksa beri jiran, anak sebak... “Tak sampai hati tengok mama” Pasukan bomba berusaha mengeluarkan tangan mangsa. Ketua operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pasukan penyelamat tiba di rumah mangsa di Kg Sentosa dan mendapati tangannya hancur sehingga ke pergelangan tangan. "Pasukan bomba berjaya mengeluarkan tangannya dari mesin tersebut dan memberikan rawatan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya. Wanita itu dilaporkan dalam keadaan stabil. - The Star