suria

Tiga remaja dikhuatiri lemas selepas hilang semasa mandi sungai

(dari kiri) Teerince, Trisha dan Nurul Syahiera di jeti di hadapan rumah panjang mereka di Sungai Tutus.

TIGA remaja dikhuatiri lemas selepas hilang semasa mandi di Sungai Nanga Tutus di Sibu, pada Rabu.

Mangsa yang hilang adalah Teerince Gong Tommy, 14; Nurul Syahiera Salam, 13, dan Trisha Jangok Tommy, 12, dari rumah panjang Rumah Ligawa.

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, 10 anggota dari balai bomba Sungai Merah bergegas ke lokasi kejadian pada kira-kira pukul 4.10 petang menggunakan bot untuk mencari mangsa.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat terpaksa ditangguhkan pada pukul 7 malam kerana cuaca gelap dan akan disambung pada pagi Khamis. - The Star

Artikel Lain