suria

Bukit Aman sahkan anak Mat Sabu didakwa ambil dadah

Mat Sabu. Foto AP

BUKIT Aman mengesahkan anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu iaitu Ahmad Saiful Islam didakwa kerana pengambilan dadah, pada Khamis lalu (13 Jun).

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, Ahmad Saiful, 31, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika disabitkan bersalah, boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.

"Timbalan pendakwa raya melakukan pendakwaan pada 13 Jun dan dia dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000. Perbicaraan dijangka diadakan pada Julai depan," katanya.

Awal tahun ini, Ahmad Saiful ditahan selepas didapati positif dadah susulan serbulan polis ke atas pusat hiburan di Kuala Lumpur. 

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu kemudian mengesahkan anak lelakinya terlibat susulan penahanan itu dan menyerahkan kepada undang-undang berhubung kes tersebut. - The Star


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain