suria

40 jenama pilihan ibu bapa diiktiraf

Lebih 40 jenama terkenal menerima anugerah “Motherhood Choice 2019 Awards” yang menjadi pilihan ibu bapa di negara ini.

Nuren Group melalui platform Motherhood.com.my telah mengumumkan lebih 40 jenama terkenal menerima anugerah “Motherhood Choice 2019 Awards” yang menjadi pilihan ibu bapa di negara ini.

Pemilihan lebih 40 jenama yang menjadi pilihan ibu bapa itu dibuat melalui undian membabitkan lebih 500,000 pengguna melalui Motherhood.com.my.Antara jenama paling popular menjadi pilihan ibu bapa termasuk Poppy Seat, Philips Avent Natural Newborn Starter Set, and Bubbles Steam & Dry Sterilizer emerged.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nuren, Petrina Goh berkata, anugerah itu diwujudkan bagi mempamerkan jenama dan produk berkualiti tinggi yang paling inovatif dan terbaik yang ada dalam pasaran ibu dan bayi.

“Ia memberi tumpuan kepada produk-produk kehamilan, bersalin, bayi, kanak-kanak, dan anak-anak serta perkhidmatan. Anugerah ini dilihat sebagai cara yang baik untuk ibu-ibu untuk berkongsi maklum balas mereka dan pendapat mengenai produk dan perkhidmatan yang mereka telah cuba, diuji, dan dipercayai.

“Anugerah ini juga bertujuan meraikan jenama yang telah membantu berjuta-juta ibu dalam perjalanan mereka, selain mendorong jenama lain untuk mencapai kecemerlangan di masa depan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Petrina berkata, agak sukar bagi ibu bapa untuk mendapatkan produk berkualiti dan terbaik pada anak-anak mereka tanpa panduan serta bimbingan.

Oleh itu melalui platform Motherhood.com.my ia menjadi impian bagi ibu khususnya kerana membantu mereka untuk mendapatkan produk berkualiti.“Produk dan perkhidmatan penerima anugerah dapat membantu mereka yang baru bergelar ibu.

“Apatah lagi penerima anugerah ini secara peribadi dipilih oleh pengguna sendiri melalui sistem pengundian yang tidak hanya menetapkan kekuatan jenama mereka tetapi juga mempamerkan penghargaan kepada ibu bapa untuk produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan,” katanya.

Acara itu diakhiri dengan pelancaran jualan gudang Motherhood.com.my dan Jualan Gudang, yang akan bermula Jumaat (28 Jun 2019) sehingga Ahad. 

Nuren Group, Motherhood

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain