HARGA minyak RON97 naik 4 sen seliter daripada RM2.49 kepada RM2.53 bagi tempoh 6 sehingga 12 Julai 2019. Perkara itu diumumkan Kementerian Kewangan pada Jumaat. Selain itu, harga RON95 pula kekal pada paras RM2.08 seliter. Harga runcit diesel juga kekal pada harga RM2.18 seliter. Ia berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 adalah RM2.23 seliter manakala harga runcit diesel pula adalah RM2.32 seliter bagi tempoh yang sama. “Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. “Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 6 Julai 2019 sehingga 12 Julai 2019 adalah berjumlah RM99.53 juta,” menurut kenyataan itu. - Sinar Harian.