ANDA mencari pilihan yang lebih baik dan sihat untuk memasak hidangan yang melazatkan dalam waktu singkat? Mudah saja, dengan memiliki ketuhar Panasonic terbaharu, Big Cubie (NU-SC300BMPQ), anda tidak lagi perlu membuang masa atau bersusah-payah untuk menitikberatkan kesihatan kerana ketuhar ini bukan sahaja dapat memasak dengan lebih mudah, malah ia juga menyediakan cara memasak yang lebih sihat. Ketuhar Panasonic Cubie yang lebih besar dan bertenaga menyaksikan revolusi pilihan memasak dan pada masa sama, hidangan sihat dapat disajikan untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Ketuhar terbaharu Panasonic Big Cubie (NU-SC300BMPQ) menyediakan 30 menu pra-program. Menyenaraikan lima cara memasak yang berbeza, pilih saja yang mana anda mahukan mengikut citarasa masing-masing – stim, kukus, stu, gril dan perolakan serta penaipan. Menarik bukan? Ia ternyata penyediaan hidangan yang mudah bagi menghasilkan pilihan sajian yang enak dan sihat, untuk keriangan seisi keluarga. Sistem dandang yang baharu ini menghasilkan teknologi Stim Panas Berkuasa Tinggi atau Superheated Steam yang melebihi 100°C, dengan mengurangkan minyak dan garam, sekali gus menjadikan sajian yang dimasak di rumah lebih sihat, dan mengekalkan keenakannya. Sama ada anda bekerja secara profesional mahupun sebagai ibu bapa yang tinggal di rumah, ketuhar Big Cubie sudah tentu merupakan pelaburan bijak untuk anda dalam menyediakan hidangan lebih sihat. Malah, anda tidak perlu bimbang lagi untuk mengawal diet kerana ia boleh dilakukan mengikut keselesaan dan cara anda sendiri, di rumah. Dalam kesibukan, anda masih boleh menetapkan hidangan dengan memasak secara perlahan dan membiarkan masakan untuk distim selama tiga jam, sekaligus menghasilkan hidangan yang berkhasiat dengan efektif dan tidak merumitkan. Mudah bukan? Dengan ciri perolakan stim, anda boleh memasak kacang rebus dan ayam panggang. Malahan fungsi stim yang mempunyai ketetapan suhu berbeza, menjadikan ia sesuai untuk pelbagai resipi. Contohnya, dengan mengukus pada suhu rendah, kaedah ini sesuai untuk memasak telur, udang dan ayam. Suhu sederhana pula begitu sesuai untuk roti, daging dan makanan laut dan stim perlahan adalah pilihan terbaik bagi masakan bubur, puding, sup dan pencuci mulut. Dengan tiga tahap suhu yang berbeza untuk memasak, fungsi mengukus atau Teknologi Stim Panas Berkuasa Tinggi pada 120°C begitu sesuai untuk semua jenis daging dan sayur-sayuran, 150°C bagi hidangan makanan laut dan 190°C untuk semua jenis hidangan daging, ayam dan gratin makanan laut. Jika memilih stu pula, hidangan yang dimasak mampu memberi keenakan tidak terhingga apabila ia dimasak dengan cukup sempurna. Lebih menarik, ia masih mengekalkan kebanyakan nutrien, kelazatan makanan yang sihat pasti memuaskan hati. Tanpa perlu ke kedai, anda boleh menghasilkan kek keju sendiri dengan lebih mudah. Jika anda mahu menggunakan ketuhar bagi menyajikan hidangan lazat dan autentik, ketetapan gril dan perolakan menjadi pilihan. Selepas ini, tiada lagi makanan bergoreng dan dipanggang yang tidak sihat apabila anda menggunakan ketuhar ini. Bagi gorengan yang sihat, minyak tidak diperlukan untuk memasak dan pilihan panggang sebagai gantian. Fungsi memasak ini akan menghasilkan tekstur luar yang rangup dan keemasan serta lembut di dalamnya, sama ada anda memanggang ayam mahupun kentang. Sementara itu, bagi mereka yang gemar membuat kek, ketetapan perolakan adalah pilihan terbaik untuk membakar dengan kawalan suhu yang optimum. Jika anda ingin membuat roti, piza atau yogurt buatan sendiri, proses penapaian adalah cukup sempurna buat kesemuanya. Dengan menetapkan penapaian doh yang ideal iaitu pada suhu 30°C dan 40°C, Ketuhar Big Cubie ini semestinya dapat membantu adunan anda mengembang dengan begitu sempurna. Paling menarik, ketuhar Big Cubie menepati slogan Panasonic Cooking Healthy Everyday, selain menyediakan ruang untuk memasak yang begitu besar dengan kapasiti 30L, yang bukan sahaja sesuai untuk anda, bahkan penggunannya dapat memenuhi citarasa seisi keluarga. Dengan setiap pembelian ketuhar Panasonic Big Cubie yang bernilai RM 2,799, anda akan mendapat Thermocafe two-tier Eco Lunch Box dan buku resepi edisi terhad* (khusus untuk ketuhar Big Cubie) secara PERCUMA. * sementara stok masih ada. Maklumat lanjut mengenai ketuhar Panasonic Big Cubie atau mana-mana produk dan perkhidmatan Panasonic, boleh layari laman web www.panasonic.com.my.