PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi yang diimpikan ramai untuk didiami. Tanya sahaja pada Azahari Ibahim, 49, yang berpindah dari Jerantut, Pahang ke Putrajaya pada 2001 untuk mencari kehidupan yang lebih baik buat dirinya. "Saya redah sahaja dan berpindah untuk tinggal bersama keluarga yang menetap di Putrajaya. Ketika itu saya mula cari kerja dan akhirnya ditawarkan sebagai kerani. "Apabila tibanya waktu untuk berkahwin, saya beli rumah di Presint 9 dan tinggal bersama isteri dan anak perempuan," ujar Pengerusi Orang Kurang Upaya Putrajaya itu yang kini menjalankan perniagaan menjual bekalan perubatan. "Saya dapati Putrajaya sangat mesra dengan individu kelainan upaya, termasuk kawasan rekreasi dan komersial. Saya boleh memandu dan boleh menggunakan pengangkutan awam. Deretan kediaman yang teratur di Presint 18, Putrajaya. "Saya rasa Putrajaya menggalakkan dasar inklusif dalam kalangan komunitinya," ujarnya yang menggunakan kerusi roda untuk bergerak dan turut diberi mandat sebagai ahli Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP). Seorang lagi ahli MPPWP, Roslan Hanif yang berusia 66 tahun mengakui Putrajaya merupakan kawasan yang bagus untuk membina keluarga. "Saya menetap di Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Putrajaya pada 1999. Biasannya yang memakir kenderaan di KL Sentral dan menaiki ERL ke tempat kerja. Tempoh perjalanan mengambil masa sekitar dua jam kerana kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur," ujar Roslan yang akhirnya membuat keputusan untuk berpindah ke Presint 4 di Putrajaya. Putrajaya merupakan bandar yang mesra untuk golongan kelainan upaya. "Isteri saya merupakan pegawai kerajaan dan bekerja di Putrajaya juga. Jadi ia memudahkan saya dan boleh kami membesarkan tujuh anak di sini, malah dua anak saya yang sudah berkahwin turut membeli rumah di Putrajaya. "Ia juga kawasan yang bagus untuk bersara. Ramai yang saya kenal berkata mereka mahu pulang ke kampung namun berakhir menetap di sini," kata Roslan. "Kami ada persekiatran yang menenangkan di Putrajaya meskipun ia merupakan ibu kota, dengan adanya banyak taman dan pelbagai pilihan aktiviti rekreasi untuk golongan berusia. Keindahan taman dan kawasan rekreasi di sekitar Putrajaya. "Ada juga hospital jika kami memerlukan rawatan dan yang paling penting, saya rasa selamat di sini," katanya. Pesara, Hong Ling Yean, 60, yang berpindah ke Presint 8 pada 2005 berkata, hartanah miliknya kini bernilai dua kali ganda berbanding harga asal. Suasana PJH yang memenangi Anugerah Projek Komersial di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. "Sebelum ini saya tinggal di rumah satu tingkat di Shah Alam. Saya bekerja untuk sebuah syarikat pembangunan hartanah dan turut terlibat dengan projek di Putrajaya. Saya tahu mengenai potensi bandar baharu ini dan membuat pelaburan dengan membeli sebuah rumah teres berkembar dua tingkat lot tepi. "Saya beli sekitar harga RM400,000 dan sekarang, ia bernilai sekitar RM1 juta," ujar Hong yang turut memberi saranan kepada rakannya agar membeli hartanah di kawasan itu dan mereka kini gembira dengan pelaburan yang dibuat. Kediaman yang dibeli Hong kini nilainya meningkat sekali ganda di pasaran. "Kedudukannya yang hampir dengan laluan Kuala Lumpur-Seremban dan lebuh raya MEX, ia mempunyai akses yang baik khususnya untuk mereka yang bekerja di kawasan lain. "Saya turut menghargai landskap dan kehijauan di sini. Jambatan Seri Wawasan yang popular dan sering menjadi lokasi untuk merakam foto di Putrajaya. "Semuanya kelihatan teratur dan diselenggara dengan baik. Jalannya juga luas dan bersih. Tambahan pula, terdapat banyak taman dan bersiar-siar. "Sesiapa yang tinggal di sini tak akan pernah mahu berpindah lagi. Kita boleh dapatkan semua yang diperlukan dan ia juga dekat dengan bandar seperti Kajang dan Bangi," tambahnya. Pada tahun depan, pusat pentadbiran persekutuan itu akan meraikan ulang tahun ke-25. Jumlah 90,000 penduduk dan 70,000 populasi bekerja menjadi bukti perkembangan bandar itu saban tahun. Pengurus besar kanan PJH Development, Hassan Ramadi. Pernah dikenali sebagai Prang Besar yang didiami penoreh getah dan pekerja ladang sawit di Sepang, Putrajaya dibina berdasarkan visi perbandaran untuk menjadi model kepada inovasi yang lebih hebat, standard kehijauan dan amalan yang mampan. Putrajaya Holding Sdn Bhd (PJH), pembangun utama Putrajaya diberi tugas untuk mengubah estet pertanian itu menjadi satu seni bina hebat yang juga contoh perbandaran seimbang serta terancang untuk kawasan tempat tinggal dan komponen komersial. Pengurus Besar Kanan PJH Development, Hassan Ramadi berkata, impian untuk bandar warisan berinspirasikan Islam itu membayangkan sebuah syurga dengan taman-taman indah, haiwan dalam habitat semula jadi dan persekitaran menyenangkan untuk didiami. "Putrajaya dihasilkan berdasarkan tema 'Bandar dalam Taman, Bandar Pintar'. Jalur Gemilang gergasi yang terbentang megah pada bahagian bukit di hadapan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). "Ianya moden, boleh didiami dan bandar yang mampan serta memenuhi permintaan serta cabaran hari ini serta esok. "Cabaran masa depan Putrajaya termasuk menjadi bandar menerapkan ciri tanggungjawab sosial dan pembangunan yang mampan, mengambil kira pembangunan persekitaran dan kebimbangan perubahan iklim yang mengubahnya menjadi 'Bandar Hijau'," katanya. Mengambil kira aspek pembangunan, Hassan berkata, fungsi utama PJH membina pusat pentadbiran kerajaan itu sudah hampir lengkap. "Dari 3.9 juta kaki persegi bangunan kerajaan, 3.4 juta kaki persegi sudah dibina yang sekali gus bermaksud ia sudah 87 peratus siap. Putrajaya merupakan lokasi yang sesuai untuk didiami bersama keluarga. "Bagaimanapun, hanya 32,758 unit kediaman dan 0.4 juta kaki persegi ruang komersial baru disiapkan, bersamaan dengan 26 peratus dan 12 peratus daripada apa yang sudah dirancang. "Terdapat banyak lagi ruang untuk pembangunan dalam sektor lain juga seperti sukan, rekreasi, pelancongan dan pendidikan," tambahnya lagi. Hassan berkata, pembangunan PJH berhasrat untuk memenuhi keperluan semasa pemilik-pemilik hartanah, penghuni dan pihak berkepentingan, termasuklah untuk menawarkan akses kepada servis dan fasiliti, dan memenuhi jangkaan target pasaran dari segi bajet, kemahiran kerja, keselamatan dan rekaan sejagat. "Hartanah komersial akan direka untuk menjadi lebih "pintar" dan fleksibel, seperti format besar pejabat konvensional dan ruang pelbagai guna. Lokasi juga akan menjadi strategik untuk gaya hidup yang menggabungkan live-work-play dan hab pengangkutan yang dekar untuk pergerakan yang lebih baik," tambahnya. Norhafiza mengakui bangga setiap kali menjejakkan kaki ke Putrajaya. Salah seorang individu yang menyaksikan kelahiran dan kebangkitan Putrajaya meruapakan Norhazifa Mohamed, 61, yang bertugas di bahagian pelancongan dan komunikasi korporat Perbadanan Putrajaya (PPj) bermula 1997 hingga 2007. Norhazifa yang menetap di Subang berkata, dia berasa bangga setiap kali menjejakkan kaki ke Putrajaya. "Saya lihat bagaimana ia sebelum ini, yang mana langsung tidak sama seperti sekarang. "Tugas saya sebelum ini untuk bercakap kepada masyarakat, antaranya petugas kerajaan, penjawat awam, ahli politik, pemimpin dunia dan pelawat mengenai pelan induk Putrajaya. Tak mudah untuk meyakini mereka dengan idea ini kerana ia masih baru dan orang juga agak skeptikal. Suasana penuh mendamaikan di sekitar Putrajaya. "Ia menjadi semakin sukar kerana tidak ada jalan yang elok. Saya terpaksa bawa pelawat mengelilingi kawasan dan terpaksa menolak kereta apabila ia tersangkut dalam lumpur. "Makanan juga sukar dicari di kawasan berdekatan, kami terpaksa ke bandar berdekatan seperti Kajang, Serdang dan Bangi untuk makan tengah hari. "Tiada hiburan waktu malam. Pada satu masa, kami bekerja hingga lewat malam dan jika ingin makan hanya ada satu restoran di Putrajaya yang ditutup pada pukul 10 malam. "Kini Putrajaya cukup hidup, dengan pejabat kerajaan yang cantik, kawasan kejiranan, sekolah, taman dan fasiliti sukan, malahan terdapat banyak pilihan makanan. Timbalan presiden kanan PPj, Datuk Omairi Hashim. "Tapi agak sedih apabila bekas presiden PPj Tan Sri Azizan Zainul Abidin yang bekerja keras membina Putrajaya sudah tiada untuk melihat hasil usahanya pada hari ini," tambah Norhazifa. Timbalan Presiden Kanan PPj, Datuk Omairi Hashim yang bekerja di pusat pentadbiran itu selama 22 tahun yakin bahawa tiada bandar yang lebih baik di negara ini melainkan Putrajaya. "Saya menetap di rumah kerajaan di Putrajaya bermula 2001 hingga 2006. Ianya menyeronokkan. "Sebagai perancang bandar, saya boleh lihat dan hargai usaha yang dicurahkan untuk membina Putrajaya. "Saya suka melihat kehijauan dititikberatkan. Rumah saya dekat dengan tempat kerja, jadi saya ada banyak masa dengan keluarga dan selalu berjalan-jalan dengan isteri pada waktu pagi sebelum berangkat ke tempat kerja. Aktiviti kayak yang boleh dilakukan di Putrajaya Wetland Park. "Anak saya pula berjalan atau mengayuh basikal ke sekolah kerana ia dekat. Kebanyakan kemudahan terletak berdekatan. "Keluarga saya juga menikmati kedamaian kejiranan di Putrajaya. Saya ada membeli rumah di Bangi, 32 kilometer dari tempat kerja tetapi kesesakan trafik sangat kurang di Putrajaya berbanding bandar lain," kata Omairi. Pusat beli belah Alamanda Putrajaya. Selain itu, tambah Roslan, terdapat banyak persatuan dan komuniti di Putrajaya untuk penduduknya yang aktif. "Persatuan kami menganjurkan program seperti lawatan hospital untuk menjadi pendengar yang perlukan teman. "Saya nasihatkan semua ahli kita agar membeli rumah di Putrajaya kerana ia tempat yang bagus untuk didiami," ulangnya lagi.