suria

Harga RON97, RON95 dan diesel kekal

Semua harga minyak kekak sehingga 13 September ini.
HARGA runcit RON97, RON95, dan diesel kekal sama seperti minggu ini bagi tempoh 7 September hingga 13 September.

Kementerian Kewangan, dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97, petrol RON95 dan diesel, masing-masing kekal pada RM2.50, RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh berkenaan.

“Anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan dalam tempoh 7 Sept hingga 13 September adalah berjumlah RM52.61 juta,” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh tersebut sepatutnya RM2.20 dan RM2.26 seliter masing-masing.

Namun, harga runcit kedua-dua produk tersebut dikekalkan bagi tempoh berkenaan selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat, jelas kenyataan itu. - Bernama

Harga RON97, RON95, diesel

Artikel Lain